KEKASIH GELAP DIUSIA MALAP

Agak menarik tajuk yang ingin aku catatkan kat sini. Semalam baru baca kisah ini…kisah yang agak terlalu biasa dikalangan masyarakat kita, berlaku depan mata kita tapi dibelakang mata insan2 yang terlibat. ‘Kekasih gelap’ difinasi bagi orang yang dicintai secara sembunyi2 atau rahsia. Manakala ‘usia malap’ pula umum tahu ialah orang yang telah berumur biasanya melebihi 40 tahun ke atas. Kesimpulannya makna tajuk tersebut ialah perhubungan cinta secara rahsia antara pasangan yang masing2 ada suami atau isteri. Sang isteri bercinta dgn duda atau sang suami bercinta dgn mak janda. Hebatnya perhubungan begini..mabuknya lebih dahsyat dari orang2 muda. Rasa rindunya lebih luar biasa dari biasa. Biasalah bila dinamakan cinta terlarang,cinta gelap godaannya lebih hebat. Keadaan sebegini biasanya berlaku disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing2 atau salah seorang berlaku curang maka jalan mudah pasangan membalas dgn melakukan sebegitu juga. Mungkin pada mulanya tidak ada apa2 perasaan antara satu sama lain tetapi bila tiap hari si perempuan mencurah rasa,mencurah masaalah rumahtangga pada si lelaki maka timbullah bibit2 cinta bila masing2 merasakan diberi perhatian,diberi kasih sayang. Sering juga perhubungan begini berterusan hingga pasangan tadi terlanjur kerana terlalu cinta konon. Oleh kerana kedua2 telah berusia amat jarang perhubungan itu dapat diteruskan sehingga terjadinya ikatan pernikahan. Masing2 sebenarnya masih sayangkan rumahtangga walaupun tiada cinta lagi pada suami atau isteri masing2. Sampai bila situasi ini akan berterusan sedangkan usia masing2 semakin senja dan anak2 semakin dewasa. Apa akan terjadi jika perhubungan kekasih gelap ini terhidu oleh pasangan masing2. Aduhai…maka
musnahlah segalanya..hancurlah istana yang telah berpuluh tahun dibina. Lebih teruk lagi bercerai berai di usia malap dan hampir padam. Belum lagi dengan dosa2 yang diperhitungkan kelak bila telah terlanjur….kesimpulannya cubalah elakkan membuat perhubungan Kekasih Gelap di Usia Malap,kerana terlalu banyak risiko yang bakal ditanggung meskipun kemanisannya umpama meneguk secangkir madu. Berusahalah memulihkan perhubungan dgn pasangan masing2. Jika tiada juga jalan penyelesaian, Allah menghalalkan Talaq walaupun itu jalan terakhir yang paling dibenci. Renung2kan lah bersama..

‘Yang baik semua dari Dia yang kurang diriku jua.’

7 Responses so far »

  1. 1

    rianur said,

    Tak sanggup nak jadi kekasih gelap…tak mahu cari masalah dan buat masalah..apatah lagi meruntuhkan rumahtangga orang lain!

  2. 2

    Yelah…memang tak bagus punyai kasih gelap nih…tapi suka dengar lagu ‘kekasih gelapku’ nyanyian kumpulan Ungu..hehe

  3. 3

    idalara said,

    thanks ‘ria’ n ‘kekasih terang’ betul tu…mcm sy yg pernah merasai segalanya dulu..betapa sakitnya dikhianati orang yang paling kita cintai…

  4. 4

    menteil said,

    kalau aku kena tukar tajuk la..
    kekasih terang di usia terang nak gelap..
    hehe..

  5. 5

    mohd nurizudin said,

    sis… moga sis sentiasa tabah mengharungi liku2 hidup ini yang semakin hari semakin mencabar.

  6. 6

    fiza said,

    salam…
    Kita sepatutnya terang kan yang gelap..walaupun di usia malap…cintakan bercahaya…so takde lah istilah gelap kan..
    Smile always…

  7. 7

    sipunat said,

    Takutnya duk gelap gelap ni.. Aku mcm menteil jgk nak kekasih terang ditempat gelap tapi terang..hehe

    Jomla keblog saya… Saya budak baru nak blajar.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a reply to sipunat Cancel reply