Kenali Idalara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapakah Idalara sebenarnya, Saya hanyalah seorang insan biasa yang di lahirkan di sebuah kampung di Negeri yang terkenal dengan ikan bakar iaitu Umbai, Melaka. Nama sebenar saya ialah Hamidah Mahmud,dilahirkan pada 18 Oktober. Saya seorang yang agak peramah,comel dan rajin berkerja. Saya mempunyai tiga orang cahayamata yang sentiasa membesar dihadapan mata saya. Hidup sebagai ‘Singlemum’ dalam dunia siber ini memerlukan kekuatan mental danm fizikal. Alhamdulillah saya dikurniakan kedua2nya dari yang Maha Esa. Sebelum ini saya hanya mendengar apa itu blog,websides dan apa saja yang berkaitan dengan internet. Desakan kerja tidak membolehkan saya menghadap pc dan melayari internet, kerana setiap hujung minggu saya tetap berkerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan menyara anak2, sehinggalah saya mengenali seorang teman yang membuka mata saya tentang dunia siber yang buat saya teruja. Disamping itu saya berjinak2 dengan perniagaan melalui internet,walaupun masih belum mendatangkan hasil tapi boleh juga untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Alhamdulillah dengan bantuan seorang sahabat maka terhasillah sebuah blog yang serba sederhana. Apalah yang saya tahu mengenai dunia blogger jika tanpa bantuan dan tunjuk ajar sahabat tersebut,muga Allah saja yang membalas segala usaha beliau itu. Apa-apapun saya akan cuba memperbaikai blog saya dari hari kehari dan sudi2kan lah singgah ke blog yang tidak sepertinya ini. Muga sesiapa saja yang singgah di sini akan di rahmati,diberkati dan diberi kejayaan yang cemerlang setelah berusaha sedaya upaya untuk memajukan diri, bangsa dan Agama. Salam kejayaan.

3 Responses so far »

  1. 1

    menteil said,

    oo…
    kiranya baru lagi la dalam dunia blog ni??
    samala kita n sama2 la kita belajar..
    hehe..

  2. 2

    idalara said,

    yup…masih trlalu baru,seperti bayi yang baru belajar menggerakn tangannya,begitulah saya dalam dunia blogger ni..thanks menteil insan seperti anda sudi singgah ke blog sy.

  3. 3

    springmat said,

    Salam…, lama dah tak melawat kat cnie…alhamdulillah dah ada perubahan dalam blog ida nie… success selalu dan sentiasa dalam rahmat n redha Ilahi


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: