Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siapakah Idalara sebenarnya, Saya hanyalah seorang insan biasa yang di lahirkan di sebuah kampung di Negeri yang terkenal dengan ikan bakar iaitu Umbai, Melaka. Nama sebenar saya ialah Hamidah Mahmud,dilahirkan pada 18 Oktober. Saya seorang yang agak peramah,comel dan rajin berkerja. Saya mempunyai tiga orang cahayamata yang sentiasa membesar dihadapan mata saya. Hidup sebagai ‘Singlemum’ dalam dunia siber ini memerlukan kekuatan mental danm fizikal. Alhamdulillah saya dikurniakan kedua2nya dari yang Maha Esa. Sebelum ini saya hanya mendengar apa itu blog,websides dan apa saja yang berkaitan dengan internet. Desakan kerja tidak membolehkan saya menghadap pc dan melayari internet, kerana setiap hujung minggu saya tetap berkerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan menyara anak2, sehinggalah saya mengenali seorang teman yang membuka mata saya tentang dunia siber yang buat saya teruja. Disamping itu saya berjinak2 dengan perniagaan melalui internet,walaupun masih belum mendatangkan hasil tapi boleh juga untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Alhamdulillah dengan bantuan seorang sahabat maka terhasillah sebuah blog yang serba sederhana. Apalah yang saya tahu mengenai dunia blogger jika tanpa bantuan dan tunjuk ajar sahabat tersebut,muga Allah saja yang membalas segala usaha beliau itu. Apa-apapun saya akan cuba memperbaikai blog saya dari hari kehari dan sudi2kan lah singgah ke blog yang tidak sepertinya ini. Muga sesiapa saja yang singgah di sini akan di rahmati,diberkati dan diberi kejayaan yang cemerlang setelah berusaha sedaya upaya untuk memajukan diri, bangsa dan Agama. Salam kejayaan.
Kenali Idalara
Sahabat Sejati
Aku mencintai Sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
Dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan
selepas aku mati
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku
untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang
Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati
yang tak luntur dalam suka dan duka
Jika aku dapat aku ingin setia padanya.
Rahsia Bulan Kelahiran Diriku(Oktober)
Suka berbual
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan dan sopan santun
Kecantikan luaran dan dalaman
Tidak pandai berbohong dan berpura2
Mudah rasa simpati,baik dan mementingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi rajuknya tak lama
Cepat marah….
Macam pentingkan diri sendiri(taklah)
Tidak menolong org kecuali diminta(tak juga)
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan org lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan dan pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat
Suka melancong,bidang sastera dan seni
Pengasih,penyayang dan lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati dan cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat
Itulah diriku lahir di bulan Oktober
Anggunkah Aku
Anggun adalah rangkuman perkataan cantik,menarik,indah,menawan,jelita,comel dan sebagainya. Cantik luaran dan dalaman. Tidak cantik jika hatinya kotor. Bukanlah seorang yang menarik andai tiada apa-apa yang menarik untuk didekati…so anggunkah aku?
Lepaskan Aku
Ku kira jalanku betul dan langkahku tepat
Tapi hakikatnya aku salah dan aku tersesat
Ku kira aku berenang di laut dan terbang di awan lepas
Rupanya aku diburu kemelut dan aku tewas
Sayang..maafkanlah andainya aku menganggu
Tidurmu nan lena.
Esuk lepas kau sedar,bahawa aku telah tiada lagi di sisi
Anggaplah aku telah pergi
Tapi andainya masih ada bayangku lagi
Usah kau biar tanpa hala
Kutip dan lepaskan kembali aku ke laut
Kerana laut yang terbentang tetap sudi
Menerima seorang aku..
Lepaskan aku,lepaskan aku.
(diadaptasi dari seorg penulis novel)
Keinsafan
Salam..telah agak lama tidak menulis di sini, waktu terlalu padat dengan tugas2, tugas harian di pejabat dan di rumah. Hati melonjak2 ingin melihat perkembangan blog yang tidak seberapa ini. MInggu lepas anak seorang teman sekerja telah kembali mengadap Ilahi. Duhai… betapa ajal maut tidak mengenal usia,walau baru mencecah belasan tahun bila dipanggil dia akan pergi jua. Betapa kerdil dan insafnya berada di pusara menyaksikan saat jasmani di masukkan ke liang lahat. Aduh insafnya dan terasa betapa sedikitnya bekalan yang bakal di bawa. Saat itu rasanya mahu pulang dan beramal sepanjang hari. Seorg teman berkata biasalah manusia insaf tika berada di situ tapi selepas meninggalkan kawasan pusara itu hilang segala keinsafan. itulah hakikat manusia, walaubagaimanapun bila melihat sekurang2nya dpt mengingatkan kita bahawa disitulah tempat tidur terakhir kita. Pengalaman itu mengembalikan kita kepada ingat 5 perkara sebelum 5 perkara dan 3 bekalan tika jasad dikuburkan. Sampai di sini saja apa yang baik adalah dari Allah dan saya menulis dengan serba kekurangan. Salam hurmat.
KEKASIH ALLAH
Muga Allah jadikan pagimu Cahaya
Zohormu gembira
Asarmu bahagia
Maghribmu keampunan
Isyakmu keberkatan
dan doamu tidak ditolak,
diluaskan rezekimu serta tidak diambil balik
dibuka bagimu pintu syurga tanpa sempadan.
pengalaman lepas sebagai panduan
dan azam baru sebagai halatuju
ke arah kejayaan.
Duhai Kekasih Allah
muga kita adalah pilihanNya
SALAM MAULIDUR RASUL.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Salam Sejahtera..
bertemu lagi di hari yang menjanjikan kebahagiaan buat anda semua. Berbicara tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tntu umum sudah tahu perkara tersebut.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.
Erti Kebahagiaan
Hai…
Apakah erti kebahagiaan buat anda? Mungkin ada yang berkata punyai duit banyak,rumah besar,kereta besar.isteri atau suami hebat..setiap orang mempunyai pengertian sendiri. Tapi sedarkah kita kebanyakan orang yang berkategori begitu sering dilanda masaalah,sering kita dengar keruntuhan rumahtangga dan masaalah anak-anak..bahagiakah itu. Oleh itu jangan berfikiran bahawa kebahagiaan terletak pada wang ringgit dan kemewahan,benar wang ringgit pelengkap pada sebuah kehidupan tetapi kebahagiaan yang hakiki adalah ketenangan hati dan kedamaian jiwa. Bagaimana hendak mencari kebahagiaan yang hakiki….Sujudlah pada Yang Maha Esa,pasti jawapanya ada di situ. Salam bahagia.
Hikmah Di Sebalik Kejadian
Salam Sejahtera..siapapun tak tahu dalam sesaat yang akan datang apa yang akan berlaku pada diri kita,apatah lagi dalam masa sehari,dua,tiga,sebulan setahun dan bertahun2 akan datang. Begitu juga dengan diri saya,tak pernah menyangka akan memiliki blog yang sebegini rupa. Hari ini dengan bantuan seorang teman saya telah berjaya memiliki blog sendiri. Mungkin apa saja yang akan saya catit di sini dapat dikongsi bersama. Bila berlaku sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya. 18 tahun yang lalu saya tak pernah menyangka akan menjadi seorang Singlemum,rupanya bila berlaku kejadian itu terlalu banyak hikmah yang menanti saya. Saya tidak terikat pada sesiapa untuk bergerak bebas tapi masih ada batasan. Bila hidup sendiri banyak waktu yang terluang boleh saya isikan dengan aktiviti2 sihat dan berfaedah…umpamanya melayari dunia IT. Semakin lama dan kerap saya bersama dunia IT rupanya terlalu banyak yang saya tidak tahu. Betapa ketinggalannya saya. Mendekati dunia IT tidak merugikan malah terlalu banyak faedah yang boleh kita perolehi. Banyak info-info menarik dan peluang-peluang perniagaan melalui IT boleh kita dapat. Saya sendiri telah menyertai dua perniagaan di IT dgn cara mudah. Itulah hikmah disebalik kejadian yang menimpa saya. Di awal2 keruntuhan rumahtangga saya merasakan kehidupan telah berakhir,tapi saya punyai anak-anak dan walaubagaimana perit pun kehidupan terpaksa diteruskan. Kini setelah tiga tahun hidup sendiri kehidupan lebih bermakna bila mendekati dunia IT yang sgt mencabar. Ayuh teman-teman yang senasib usah di kenang kejadian yang telah berlalu, mulakan langkah menuju kejayaan. Salam mesra.