Archive for 1

CANTIK DAN SIHAT

Rata2 wanita di dunia ini ingin kan cantik dan sihat…tipu lah jika ada yaag kata tk mahu kedua2  yg sy katakan itu..dan pandangan terhadap cantik dan sihat itu berbeza2 bagi setiap org. Ada yg mengatakan yg berbadan berisi itu cantik dan sihat malah ramai juga yg mengaku yg slim (bahasa yg lbh halus) itu lbh cantik dan sihat..apapun andaian dan anggapan kedua2 sifat itu ada rahsia yg tersendiri..tp apa yg pasti ramai dikalangan wanita yg sedikit berisi ingin menjadikan diri mereka lbh slim…dan semua  lelaki mahukan buah hati mereka cantikdan sihat  tetapi tidak semua lelaki sukakan yg slim dan tidak semua lelaki sukakan yg berisi,ada yg suka buah hati mereka slim dan ada juga yg sukakan buah hati mereka gempal..apa yg penting bagi kamu wahai kaum hawa bukan saja kecantikan tapi kesihatan luaran dan dalaman..apa gunanya cantik di luar tp di dalam sakit dan menderita… kecantikan akan lebih terserlah dgn penampilan,keluhuran hati dan perilaku kamu. Wajah yg kurang cantik selalunya berjaya dilindungi dgn keanggunan ,cara berpakaian dan pertuturan serta kesihatan luaran dan dalaman dititikberatkan..itulah kecantikan yg sebenar.

Hah! sbnrnya ada satu rahsia yg ingin sy kongsikan bersama kamu wahai kaum hawa…biasa dengar Maajun kan…tapi maajun yg sy amalkan ini bukan saja murah(rm15 utk sebulan) tp sangat berkesan untuk cantik dan sihat. Sudah beberapa bulan saya amalkan pengambilan MAAJUN ANGGUN BISTARI ini…dan ternyata memang sangat baik untuk kita kaum hawa..bagi yg sudah bersuami pasti suami kamu memuji kamu…utk saya kongsi bersama,maajun ini telah dibuat sejak 20 tahun yg lalu..

KHASIAT MAB INI

1. FAMILY PLANNING/MENJARAK KEHAMILAN/MERANCANG KELUARGA

2. MERAWAT KEPUTIHAN YG TERUK

3. MENJAGA PERANAKAN – MENYEMPITKAN FARAJ WANITA

4. MENBUANG DARAH KOTOR/TOKSIN MELALUI HAID

5. MENSTABIL HORMON KEWANITAAN DLM BADAN & MENCANTIKKAN KULIT

6. MENORMALKAN PUTARAN HAID

7. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

8. MENCANTIK DAN MENEGANGKAN PAYUDARA

9. MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR – MENJAGA USUS

10. MENAMBAH TENAGA SEPANJANG HARI

11. MENGAWAL KOLESTROL DLM DARAH

12. MENURUN DAN MENGAWAL BERAT BADAN

13. AWET MUDA

Bagaimana?  jika berminat sila hubungi saya melalui no email sy idalara63@yahoo.com atau  talian 012-6039610/03-87068891 untuk keterangan lanjut…muga kita dpt berkongsi cantik dan sihat

‘Usaha…Doa…dan Tawakkal…pasti memberikan hasil yang terbaik untuk kita kaum Hawa’ salam kejayaan.

Leave a comment »

NAK SERIBU DAYA…

Bila buka email…aduhai..banyaknya email..kbnyakannya tntg bisness kat internet.. yang mengirim tak pernah jemu,tak pernah putus asa mengajak…biarpun yg membaca cuma membaca dan mengabaikan…sbnrnya bukan tak mahu join..dah join pun tp sbb kemudahan menggunakan pc amat terbatas, di tambah pula dengan kerja2 di pejabat, jd nak join bersungguh2 tak dapat diteruskan..semuanya menarik, menjanjikan pulangan yg lumayan…bisness apa yg tak bagus…jual goreng pisang pun bagus..apalagi bisness di internet…jika bersungguh2 berusaha pasti mendatangkan pendapatan yg lumayan…Insyaallah aku akan melakukan juga bila peluang menggunakan pc lebih mudah. Hanya sekarang lebih banyak menumpukan bisness pada produk2 kesihatan diri dan keperluan harian…kepada teman2 sealiran yag telah melangkah jauh..muga anda tetap melangkah lebih jauh lg, jgn jemu berusaha dan satu hari nanti aku akan melihat kejayaan kamu biarpun dari kejauhan cuma. Salam kejayaan buat semua.

Leave a comment »

IBU AKU SAYANG IBU

Bonda,ibu emak,mama,umi,mummy,mother..
apapun panggilan yang diberi,
di manapun di bumi Allah ini,apapun warna kulit dan bahasa,
maknanya tetap sama……………………….
satu panggilan buat seorg wanita mulia yg telah melahir,
membesar dan mengajar kita erti kehidupan.
Seorang yg telah menyerahkan nyawanya saat mahu
melahirkan kita di dunia yang fana ini..saat dia mahu memberikan
sebuah kehidupan kepada kita.
Apakah tak cukup pengorbanan itu..utk kita terlupa padanya
dan mengabadikan seluruh kehidupan kita kepada seorg IBU.
Sebab itulah ALLAH telah meletakkan seorg IBU darjat yg paling
tinggi berbanding seorg ayah.
Emak..panggilanku kepada wanita yang telah memberiku nyawa,
memberiku kehidupan,memberi dorongan saat aku bergelar IBU.
Siapa lagi yg ada disampingku saat aku ditinggalkan sendirian.
Emak terlalu besar pengorbanan dan jasamu kepada aku dan
8 org anak2nya..tidak terbalas hingga akhir hayat kami.
Kini bila aku bergelar seorg IBU barulah dapat ku selami hati emak
sewaktu membesarkan aku..betapa sukar dan peritnya namun
tak pernah terpamir di wajahnya erti putus asa dan derita.
Emak..bagiku tiap hari adalah hari IBU..tk perlu ada satu hari tertentu bagi
kita mengingati,menyayangi dan mentaati seorg IBU…
Emak…muga Allah sentiasa memeliharamu di dunia dan
kelak di akhirat ditempatkan di Syurga Firdausi.
Anak-anakku jadilah anak IBU yg soleh dan solehah
kerana kamulah permata hati IBU di dunia dan Akhirat.
Kelak putriku bila kamu pula bergelar IBU kamu akan
mengerti mengapa IBU lebih memberi perhatian kepada kamu.

“IBU TANPAMU TIADA AKU DIDUNIA INI”

Comments (2) »

RINDU

Agak lama tak menulis sesuatu di sini…bukan tak mahu,bukan tak ada idea tapi comitment pada tugas2
di pejabat membataskan waktu untuk menulis..walaupun hati melonjak2 ingin menyuratkan yang tersirat
tapi apakan daya…RINDU…kalimah yang terlalu biasa pada setiap yg bernama hamba Allah di muka bumi ini,
satu perkataan yg diketahui,dirasa dan dialami sesiapa saja..walaupun seekor haiwan…memang aku terlalu rindu
ingin menulis,aku terlalu rindu untuk berbicara dgn teman2 yang berada di sini dan teramat rindu mengunjungi
setiap teman di ‘dunia’ ini…terasa teramat sepi tanpa teman yg memahami ‘dunia’ini..kerana satu ketika dulu
dialah teman tmpat aku berbicara,bercerita tentang ‘dunia’ ini…kini aku hanya bisa ‘melihat’ teman itu dari jauh.
rindu padanya…sudah pasti.
RINDU…siapa yang tak pernah mengalami rasa itu..rindu pada ibu,pada ayah,pada adik beradik.teman2,kekasih dan
tentunya yang paling penting rindu pada ALLAH dan RASULULLAH..siapa lagi yang berhak kita rindui saat2 begini…
Sakitnya bila rasa rindu hadir…rasa ingin berlari mendapatkan insan yg kita rindu..begitu juga bila rindu pada Allah
dan RasulNya..mengapa bertangguh bila rasa rindu pd ALLAH dan RASUL..nyatakan rindu itu, kelak kitalah yag paling
bahagia di dunia yang fana dan akihirat yang kekal.
Cukuplah sekadar menyatakan RINDU dalam hati…walaupun insan yg kita rindui itu tidak merasakanya.
dan terubat RINDU ini dapat menyatakan sesuatu di sini….

Comments (6) »

KEKASIH GELAP DIUSIA MALAP

Agak menarik tajuk yang ingin aku catatkan kat sini. Semalam baru baca kisah ini…kisah yang agak terlalu biasa dikalangan masyarakat kita, berlaku depan mata kita tapi dibelakang mata insan2 yang terlibat. ‘Kekasih gelap’ difinasi bagi orang yang dicintai secara sembunyi2 atau rahsia. Manakala ‘usia malap’ pula umum tahu ialah orang yang telah berumur biasanya melebihi 40 tahun ke atas. Kesimpulannya makna tajuk tersebut ialah perhubungan cinta secara rahsia antara pasangan yang masing2 ada suami atau isteri. Sang isteri bercinta dgn duda atau sang suami bercinta dgn mak janda. Hebatnya perhubungan begini..mabuknya lebih dahsyat dari orang2 muda. Rasa rindunya lebih luar biasa dari biasa. Biasalah bila dinamakan cinta terlarang,cinta gelap godaannya lebih hebat. Keadaan sebegini biasanya berlaku disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing2 atau salah seorang berlaku curang maka jalan mudah pasangan membalas dgn melakukan sebegitu juga. Mungkin pada mulanya tidak ada apa2 perasaan antara satu sama lain tetapi bila tiap hari si perempuan mencurah rasa,mencurah masaalah rumahtangga pada si lelaki maka timbullah bibit2 cinta bila masing2 merasakan diberi perhatian,diberi kasih sayang. Sering juga perhubungan begini berterusan hingga pasangan tadi terlanjur kerana terlalu cinta konon. Oleh kerana kedua2 telah berusia amat jarang perhubungan itu dapat diteruskan sehingga terjadinya ikatan pernikahan. Masing2 sebenarnya masih sayangkan rumahtangga walaupun tiada cinta lagi pada suami atau isteri masing2. Sampai bila situasi ini akan berterusan sedangkan usia masing2 semakin senja dan anak2 semakin dewasa. Apa akan terjadi jika perhubungan kekasih gelap ini terhidu oleh pasangan masing2. Aduhai…maka
musnahlah segalanya..hancurlah istana yang telah berpuluh tahun dibina. Lebih teruk lagi bercerai berai di usia malap dan hampir padam. Belum lagi dengan dosa2 yang diperhitungkan kelak bila telah terlanjur….kesimpulannya cubalah elakkan membuat perhubungan Kekasih Gelap di Usia Malap,kerana terlalu banyak risiko yang bakal ditanggung meskipun kemanisannya umpama meneguk secangkir madu. Berusahalah memulihkan perhubungan dgn pasangan masing2. Jika tiada juga jalan penyelesaian, Allah menghalalkan Talaq walaupun itu jalan terakhir yang paling dibenci. Renung2kan lah bersama..

‘Yang baik semua dari Dia yang kurang diriku jua.’

Comments (7) »

Sahabat Sejati

Aku mencintai Sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
Dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan
selepas aku mati
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku
untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang
Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati
yang tak luntur dalam suka dan duka
Jika aku dapat aku ingin setia padanya.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.