Archive for June 5, 2008

Hati Seorang Ibu

Apa perasaan anda jika anak gadis kamu bertemu ibu tirinya? Suka? marah? ok2 saja? cemburu? Bagi yang tidak mengalami perkara itu tntu akan berkata tak de apa2. Tapi bagi diriku saat anak gadisku bertemu ibu tirinya,aku tak dapat nak gambarkan perasaan yg melanda aku saat itu. Tidak ada rasa marah atau dendam kerana aku tak pernah marah bila ayahnya menikahi perempuan lain. Tapi bila anak gadisku bertemu ibu tirinya aku dapat rasakan satu perasaan cemburu,seolah2 ibu tirinya akan merebut anak2ku dari ku. Anehkan perasaan itu..entahlah..akupun tak faham mengapa perasaan itu hadir waktu itu. Tapi mujurlah pertemuan itu hanya sebentar dan selepas itu anak gadisku tidak bercerita apa2 tentang ibu tirinya padaku. Aku pun seakan tidak mahu dengar apa2 tentang perempuan itu. Apa yang penting selepas ini aku ingin mendekati anak2ku..mengenali mereka sebagai kawan. Aku tak mahu kehilangan kasih sayang anak2ku. Aku tidak mahu ada perempuan lain merampas kasih sayang anak2ku dariku. Biarpun mereka semakin jauh dari kasih sayang seorg lelaki bernama ayah. Anak2ku muga kamu menjadi insan sempurna di dunia dan akhirat.

Comments (2) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.