Salam Sejahtera..siapapun tak tahu dalam sesaat yang akan datang apa yang akan berlaku pada diri kita,apatah lagi dalam masa sehari,dua,tiga,sebulan setahun dan bertahun2 akan datang. Begitu juga dengan diri saya,tak pernah menyangka akan memiliki blog yang sebegini rupa. Hari ini dengan bantuan seorang teman saya telah berjaya memiliki blog sendiri. Mungkin apa saja yang akan saya catit di sini dapat dikongsi bersama. Bila berlaku sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya. 18 tahun yang lalu saya tak pernah menyangka akan menjadi seorang Singlemum,rupanya bila berlaku kejadian itu terlalu banyak hikmah yang menanti saya. Saya tidak terikat pada sesiapa untuk bergerak bebas tapi masih ada batasan. Bila hidup sendiri banyak waktu yang terluang boleh saya isikan dengan aktiviti2 sihat dan berfaedah…umpamanya melayari dunia IT. Semakin lama dan kerap saya bersama dunia IT rupanya terlalu banyak yang saya tidak tahu. Betapa ketinggalannya saya. Mendekati dunia IT tidak merugikan malah terlalu banyak faedah yang boleh kita perolehi. Banyak info-info menarik dan peluang-peluang perniagaan melalui IT boleh kita dapat. Saya sendiri telah menyertai dua perniagaan di IT dgn cara mudah. Itulah hikmah disebalik kejadian yang menimpa saya. Di awal2 keruntuhan rumahtangga saya merasakan kehidupan telah berakhir,tapi saya punyai anak-anak dan walaubagaimana perit pun kehidupan terpaksa diteruskan. Kini setelah tiga tahun hidup sendiri kehidupan lebih bermakna bila mendekati dunia IT yang sgt mencabar. Ayuh teman-teman yang senasib usah di kenang kejadian yang telah berlalu, mulakan langkah menuju kejayaan. Salam mesra.
springmat said,
March 12, 2008 @ 4:08 pm
salam…alhamdulillah. setiap dari kita akan mengalami pasang surut dalam kehidupan, ada tika gembira, ada ketika suka. ada saatnya pula kita diuji dan teruji…, yang penting bagaimana kita berdepan dengan setiap ujian yang datang. Semoga kehidupan awak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi
zain said,
March 13, 2008 @ 10:57 am
Lakukan yang terbaik untuk diri anda. Anggaplah segala kegagalan sebagai satu pembakar semangat untuk anda meneruskan hari hari sebagai seorang single parent.
idalara said,
March 13, 2008 @ 11:09 am
salam sejahtera..terimakasih teman2 seperjuangan springmat n zain..muga anda menjadi pembakar semangat saya untuk teruskan kehidupan dan berjaya.
Ria said,
March 22, 2008 @ 1:11 pm
assalamualaikum, salam persahabatan…
idalara said,
March 24, 2008 @ 10:30 am
waalaikumsalam ria..tq kerana sudi singgah ke blog saya yang tak sebegini rupa ini..
fizza said,
March 29, 2008 @ 2:54 am
salam kemesraan..
apa yang berlaku adalah ketentuan tuhan..tiada siapa yang dapat menghalangnya..sumenya sudah tertulis di lohmahfuz..kenape kita yang terima dugaan ini ? sebab tuhan sayang pada kita…