Archive for March 12, 2008

Erti Kebahagiaan

Hai…

Apakah erti kebahagiaan buat anda? Mungkin ada yang berkata punyai duit banyak,rumah besar,kereta besar.isteri atau suami hebat..setiap orang mempunyai pengertian sendiri. Tapi sedarkah kita kebanyakan orang yang berkategori begitu sering dilanda masaalah,sering kita dengar keruntuhan rumahtangga dan masaalah anak-anak..bahagiakah itu. Oleh itu jangan berfikiran bahawa kebahagiaan terletak pada wang ringgit dan kemewahan,benar wang ringgit pelengkap pada sebuah kehidupan tetapi kebahagiaan yang hakiki adalah ketenangan hati dan kedamaian jiwa. Bagaimana hendak mencari kebahagiaan yang hakiki….Sujudlah pada Yang Maha Esa,pasti jawapanya ada di situ. Salam bahagia.

Comments (2) »

Hikmah Di Sebalik Kejadian

Salam Sejahtera..siapapun tak  tahu dalam sesaat yang akan datang apa yang akan berlaku pada diri kita,apatah lagi dalam masa sehari,dua,tiga,sebulan setahun dan bertahun2 akan datang. Begitu juga dengan diri saya,tak pernah menyangka akan memiliki blog yang sebegini rupa. Hari ini dengan bantuan seorang teman saya telah berjaya memiliki blog sendiri. Mungkin apa saja yang akan saya catit di sini dapat dikongsi bersama. Bila berlaku sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya. 18 tahun yang lalu saya tak pernah menyangka  akan menjadi seorang Singlemum,rupanya bila berlaku kejadian itu terlalu banyak hikmah yang menanti saya. Saya tidak terikat pada sesiapa untuk bergerak bebas tapi masih ada batasan. Bila hidup sendiri banyak waktu yang terluang boleh saya isikan dengan aktiviti2 sihat dan berfaedah…umpamanya melayari dunia IT.  Semakin lama dan kerap saya bersama dunia IT rupanya terlalu banyak yang saya tidak tahu. Betapa ketinggalannya saya. Mendekati dunia IT tidak merugikan malah terlalu banyak faedah yang boleh kita perolehi. Banyak info-info menarik dan peluang-peluang perniagaan melalui IT boleh kita dapat. Saya sendiri telah menyertai dua perniagaan di IT dgn cara mudah. Itulah hikmah disebalik kejadian yang menimpa saya. Di awal2 keruntuhan rumahtangga saya merasakan kehidupan telah berakhir,tapi saya punyai anak-anak dan walaubagaimana perit pun kehidupan terpaksa diteruskan. Kini setelah tiga tahun hidup sendiri kehidupan lebih bermakna bila mendekati dunia IT yang sgt mencabar. Ayuh teman-teman yang senasib usah di kenang kejadian yang telah berlalu, mulakan langkah menuju kejayaan. Salam mesra.

Comments (6) »